Cerita 1

Bila ada kawan gua..yang join tone excel.

Gua ok.

Gua tak menghalang langsung.

Dan bila ada orang asing yang cuba ajak gua jadi downline mereka pun..gua tak menghalang. Gua dengar promosi mereka..gua baca ayat yang mereka tulis.

Tapi..bila gua menolak dengan baik..gua harap lu orang faham. Gua tak minat.

Jadi..usah paksa.

Nanti ada yang kene tumbuk kat rusuk kiri bertalu-talu.

Nota: Aku tak suka orang paksa-paksa bila aku dah awal-awal kata tak mahu. Faham?

Cerita 2

“Bro..jomla bro. Join tone excel..mudah aje. Tak susah. TAK PERLU CARI DOWNLINE. Cuma cerita kelebihan tone excel je..”

“Kan gua da cakap. Gua tak minat.”

“Tapi bro. Benda ni senang nak wat duit. Semua orang pakai telefon. Mesti topup punya selalu. ”

“Nape tak nak bro. Ni kira senang je nak buat. Tak yah dah tulis blog hari2. Lagi lumayan dari tulis blog.” tanya beliau lagi apabila pertanyaannya tidak gua jawab dengan pantas.

“Jap..dua bulan lepas berapa tone excel bayar ko?” soalan gua selepas lama berfikir.

“Ada la dapat seratus lebih..bulan ni dah dekat 3 ratus.”

“Jadi..soalan aku. Berapa aku dapat dengan tulis blog?”

“Banyak. Tiap bulan ribu2. Bro kan terer..”

“Jadi..ko tau dah kenapa aku tidak berminat dengan tone excel ?”

Nota: Memerlukan pemikir otak kiri untuk faham cerita ini.

Cerita 3

Terbaca satu email.

Gua subscribe berader tu punya mailing list sebab dia punya info pasal blogging memang best gak dibaca. Tiba2..email yang masuk tu cerita pasal tone excel. Dah sebulan..boleh kata da lebih 5 email pasal tone excel. Email pasal tips blogging dah takde. Blog pun dok cerita pasal tone excel memanjang. Sampai bosan membacanya walaupun tengah hirup semangkuk cendol banting.

So..gua unsubscribe mailing list beliau dengan penuh berat hati sebab mungkir janji dan semacam menipu gua.

….

Happy ending.

Cerita 4

“Betol bro..buat bisnes tone excel ni tak payah cari downline.

….

Gua pandang ini kawan dari atas sampai ke hujung stokin.

“Habis yang ko cari aku ni apa pasal?

Nota: Jangan nak kelengtong aku sangat. Pengalaman aku dalam dunia mencari downline ni bukan 1,2 tahun. Lebih 10 tahun dah. Sejak umur aku 18 tahun aku dah join MLM nih.

Cerita 5

“Bro..guna simcard tone excel ni jimat. Simcard company lain mana jimat macam ni..dapat duit komisen nanti, leh la beli iPhone 5S ke, belanja bini bro lamb chop ke, pergi honeymoon kali kedua ke..bla..bla dan bla..”

“Ko topup sebulan berapa?” tanya gua sepantas kilat memotong ayat membebel kawan aku yang seorang nih.

“Rm60. Kekang kurang..kekadang lebih seratus gak.” balasnya laju. Tak nak kalah.

“Aku topup rm10 sebulan. Rm30 pun..kekadang je. Jadi..topup siapa lagi jimat?”

Nota: Bab jimat dan untung adalah 2 kategori yang berbeza. Tak yah temberang nak cover keuntungan untuk cerita tentang penjimatan. Definisi dan konsepnya cukup berbeza.

Cerita 6

“Nape bro, Tone Excel ni scam ke? Kaki penipu ke? Produknya tak halal ke?”

Jangan PAKSA aku berbicara isu yang sensitif ni.

Nanti, ko juga yang maki balik upline ko.

Fullstop.

Jangan tanya lebih-lebih pada BENDA yang tidak patut ditanya.

Nota: Benda dalam kelambu, tak elok cerita dengan orang awam.

Cerita 7

“Kenapa bro tak nak join? Otai MLM tu pun join tau. Tuan Guru X itu pun join sekali. Puan F yang glemer itu bukan dah join Tone Excel. IM terhebat di Malaysia pun dah join jugak. Pakar Hartanah Malaysia itu pun dah join dan dapat banyak duit dari Tone Excel. Kenapa bro tak nak plak? Cuba bagi 10 SEBAB mengapa bro tak nak join Tone Excel ni?”

Ini jawapan aku.

Diorang pandai cari downline.

Nak jaga hati downline pun aku tak reti. Nak pastikan semua downline rajin topup setiap bulan pun aku tak rasa aku boleh “handle” dengan baik. Nak paksa downline aku agar RAJIN cari DOWNLINE pun aku tak reti nak ajar. Nanti, downline aku terkapai-kapai..dah jadi satu masalah negara la pula.

Aku ni dah la pemalas dan kuat tidur.

Kuat minum cendol. Kuat minum kopi malam-malam.

Ko nak suruh aku yang malas ni buat tu semua? Ko gile ker?

Kau nak aku suruh downline aku yang tak pandai bab internet ni cari dowline?

Nak dapat 10 downline pun aku rasa dah susah. Inikan nak dapatkan 400 orang downline?

Ko mampu handle 400 orang downline?

Dan kau nak aku suruh diorang beli simcard berharga RM90 atau RM110 itu dan cerita benda yang sama pada 400 orang yang lain?

Okeh. Ko memang hebat. Sila teruskan usaha ko itu untuk cari downline yang ke 401.

Aku doakan ko berjaya dengan gemilangnya.

Aku tak pandai semua itu. 

Jadi, mengapa benda yang aku tak pandai, aku kena join?

Aku dah tahu kelemahan dan kekuatan aku.

Mengapa tidak aku fokus pada kekuatan yang aku ada dan yang aku mahukan?

Mengapa aku PERLU fokus pada kelemahan aku yang memang sukar untuk diselesaikan?

Kesimpulan.

  1. Aku ada sebab kukuh tak join Tone Excel. Cukup kukuh. Jadi..takyah promosi dengan aku banyak kali. Memang aku takkan join punya. Sila cari orang lain yang rajin dan pandai cari downline. Aku tak pandai. Tak ada Jutawan Tone Excel yang tak cari downline. Semua yang dapat banyak buat duit dari Tone Excel tu semuanya pandai cari downline.
  2. Aku tak suka kebanyakkan cara promosi yang dilakukan oleh geng-geng Tone Excel ni buat. Banyak sangat temberang dan pusingannya.
  3. Yang promosinya ok ada. Tapi tak banyak.
  4. Hangpa semua nak join. Join je. Aku tak menghalang. Itu hak korang untuk memilih. (BACA ni 1000 kali sebelum korang nak maki aku.)

Tapi kalau ada yang tanya, patut ke tidak buat bisnes ni?

Aku rasa korang dah tahu dengan hanya membaca pendapat peribadi aku ini. Tak perlu nak maki aku. Sebab apa aku tulis ni pun, memang semuanya betul. Geng Tone Excel pun tak boleh nak membangkang sangat.

Apa itu Tone Excel?

Ya. Apa itu Tone Excel sebenarnya? Tone Excel ni lebih kurang macam satu program dimana ada satu simkad yang memberikan peluang buat duit kepada sesiapa yang menyertainya. Program ini bayar RM20 untuk kepada sesiapa yang dapat satu tajaan atau downline. Satu downline korang dapat cari dan join Tone Excel dan beli simkad Tone Excel tu, korang akan dapat RM20.

Selain itu, setiap kali downline korang topup, korang dapat komisen sampai bila-bila selagi dia masih pakai topup tu pada setiap bulan. Jadi, kalau downline korang topup setiap bulan, setiap bulan la korang dapat duit. Program ini ada pelan pemasaran dan sampai 3 level sahaja. Ada bagi insurans percuma kalau topup dalam jumlah tertentu. Ini simkad untuk bagi dan jana duit. Ini bukan simkad untuk jimat topup. Harap maklum.

Apakah hukum sertai atau join Tone Excel? 

Haramkah? Haruskah? Sunat kah? Makhruh kah?

Tone Excel penipu ke Tone Excel Scam ke Tone Excel tipu kah..

Aku TAK TAHU.

Aku tak tahu hukum sertai atau join Tone Excel nih. Sebab Tone Excel ini pun tak ada penasihat syariah.

Tapi sebab aku ragu-ragu.. aku tinggalkan. Simple like that.

Ps: Majoriti otai Tone Excel akan FAHAM maksud tersirat dan tersorok yang aku cuba sampai. Tapi tak semua akan mampu nak sampaikan realiti sebenar pada downline mereka yang banyak itu.

Read more: http://ahmadfaizal.com/2014/08/14/7-sebab-kenapa-aku-tak-nak-join-tone-excel/#ixzz5z1PBOGqn

Read more: http://ahmadfaizal.com/2014/08/14/7-sebab-kenapa-aku-tak-nak-join-tone-excel/#ixzz5z1P0DrAJ