Di hari panas sememang enak mencari cendol. Kalau di Shah Alam, cendol Pak Akop cukup terkenal. Kalau korang sampai di Shah Alam, kalau tidak merasa cendol Pak Akop boleh dikatakan rugi.

Lokasi kedai Pak Akop ni senang. Cari masjid Seksyen 16. Di hadapan pintu masuk ke masjid ini satu bus stop. Orang yang menunggu basnya tidak ramai tapi yang singgah makan cendol Pak Akop cukup ramai.

Kalau ikutkan menu ada beberapa menu seperti cendol pulut atau cendol tapai. Malah di gerai Pak Akop juga terdapat menu rojak yang sedap. Yang ini hasil tangan orang melayu. Bukan mamak punya.

Cendol Pak Akop

Bila melepak minum cendol ni, saya akan makan bersama karipap. Karipap ni cepat habis, sebab laku sangat dan yang tidak bestnya ada pelanggan yang bungkus bawa balik terlalu banyak. Tapi kalau orang pantai timur biasanya makan cendol dengan keropok lekor atau goreng pisang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *