Samsung Galaxy S3 rosak memang membuatkan perjalanan seharian huru-hara tanpa handphone. Pada awalnya saya tidak menjangkaan saya punya samsung galaxy S3 rosak. Tanpa membuat spekulasi dan masih percaya berkemungkinan hanya mengalami masalah bateri atau charger sahaja.

Tapi bila pulang dari menghabiskan percutian di Penang, segalanya terjawab. Menghabiskan beberapa jam di kedai handphone yang saya percayai, akhirnya semua spekulasi terjawab dan nyata mainboard Samsung Galaxy S3 rosak.

Mood Celaru Samsung Galaxy S3 Rosak

Mana tidaknya  sebelum ini jika saya bercuti atau travel kemana-mana sahaja, Samsung Galaxy S3 ini adalah peneman yang setia dengan banyak membantu saya dalam travel. Google Maps sememang amat-amat membantu saya. Samrtphone ini juga banyak memudahkan kerja-kerja seharian saya. Sememangnya terasa ralat bila ia rosak. Lebih-lebih lagi ketika sedang seronok bercuti.

Sejak menggunakan Samsung Galaxy S3, saya boleh katakan keghairahan terhadap gadget sememang kurang. Sejak menggunakan Samsung Galaxy S3,  bagi saya gadget yang cukup sempurna. Semenjak itu, saya tiada terfikir untuk menukar handphone lagi. Seronok menggunakan Samsung Galaxy S3.

Biasalah smartphone memang sensitif dengan hentakan, bila berfikir mengenangkan bagaimana boleh terjadi, teringat smartphone saya ini pernah terjatuh beberapa kali.

Buat masa sekarang saya sedang membuat sedikit research mengenai harga baiki mainboard dan juga tempat-tempat yang boleh memberi harga yang berpatutan. Dari beberapa info yang saya dapat, untuk membaiki mainboard Galaxy S3 ini mencecah hingga RM600. Jika benar boleh ambil handphone baru harga membaiki mainboard Samsung Galaxy S3.

Penganti Samsung Galaxy S3 Rosak

Buat masa sekarang, saya menggunakan handphone secondhand jenama Huawei Y300. Sekadar boleh menerima panggilan, membuat panggilan, menerima email dan juga boleh menggunakan WhatApps. Huaweo Y300 ini menggunkan Android 4.1.1.

Tetapi penganti sebenar kepada Samsung Galaxy S3 ini akan diketahui dalam beberapa bulan lagi. Target adalah iPhone 5 jika diizinkan.

Apa-apa pun  buat masa sekarang, saya gunakan apa yang termampu. Banyak keperluan yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Kena buat perancangan yang baik untuk membaiki Samsung Galaxy S3 rosak.

One thought on “MainBoard Samsung Galaxy S3 Rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *