Calon Presiden FAM semakin hangat diperkatakan. Kongres Pemilihan Pucuk Pimpinan FAM bakal berlansung pada 25 Mei 2014. Setakat ini desas-desus yang amat hangat adalah kerusi panas Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Beberapa-berapa nama dan tokoh-tokoh bolasepak sudah mula dikaitkan. Paling hangat nama Tengku Mahkota Johor ( TMJ ) dan terkini, Tengku Abdullah selaku Naib Presiden FAM buat masa kini.Tetapi TMJ dalam penyataan medianya memaklumkn beliau TIDAK berminat akan kerusi Presiden FAM.

Related: CPUV Campaigns Makin Rancak

Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang terbaru memutuskan beberapa jawatan yang dibuka untuk dipertandingkan bagi pemilihan kepimpinan tertinggi FAM bagi penggal 2014 hingga 2018 ialah satu kerusi presiden, dua kerusi timbalan presiden, empat kerusi naib presiden serta 10 kerusi exco termasuk dua kerusi baru yang diperuntukkan untuk calon wanita.

Peluang pada kongres ini adalah masa terbaik FAM membuat pembaharuan pada organisasi persatuan bolasepak. Secara jujur fenomena sekarang, rata-rata jika ditanya hampir kesemua setuju untuk memberi laluan kepada muka baru calon Presiden FAM. Bagi penyokong dan peminat tegar sememang amat-amat mahukan pembaharuan terutama dalam Liga Malaysia.

Related: 7 Sebab Kenapa aku tak nak join Tone Excel?

Isu Calon Presiden FAM : Persoalannya adakah kita masih selesa atau suka dengan prestasi dan mutu bolasepak negara kita ?

Bagi aku, mutu bolasepak kita masih lagi jauh. Jika dengan apa yang FAM lakukan sekarang, usah katakan Piala Dunia, Piala Asia pun kita tidak mampu untuk memberi saingan. Dulu kita boleh berbangga, Harimau Malaya ( National Team ) boleh memberi saingan kepada Korea Selatan dan Jepun. Tetapi kini, dua negara ini bukan lagi rakan saingan kita.

Calon Presiden FAM

Kesimpulan : Isu Calon Presiden FAM.

Siapa Calon yang paling layak menjadi Presiden FAM ? Dalam Blogger Sukan Rizal Hashim, beberapa nama dan tokoh diulaskan. Bagi aku, biarlah mereka yang di pilih oleh 19 ahli gabungan FA bukan datangnya dari keluarga Diraja. Jika datang dari keluarga Diraja dikhuartir akan menyulitkan  bagi  ahli-ahli majlis untuk melemparkan pendapat hanya kerana ingin disebabkan menjaga status dan sebagainya.

Tempoh 30 tahun adalah satu tempoh yang agak lama. Bagi tempoh yang hampir sama, individu seperti Sir Alex Ferguson ataupun Tun Dr Mahathir Mohamed dapat mencapai sesuatu yang amat-amat dibangakan. Sepatutnya kita sudah makin maju ke hadapan. Dengan teknologi dan kemudahan yang semakin canggih di Majlis Sukan Negara, tidak sepatutnya pasukan Harimau Malaya jauh ketinggalan.

Pada anda, siapakah yang anda mahukan bagi kerusi Calon Presiden FAM ?

2 thoughts on “Calon Presiden FAM, Siapa yang Terbaik ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *