Minggu ini negeri yang meraikain cuti umum perayaan Thaipusam akan berkesempatan untuk bercuti tambahan pada hari Isnin. Masa untuk bersama family dan berehat pasti akan digunakan sebaiknya.

Pada asal perancangan, cuti weekend ini kami sekeluarga ingin ke Bukit Tinggi Resort untuk pra-holiday sebelum cuti Tahun Baru Cina. Atas beberapa kekangan, pra holiday ini terpaksa ditunda.

Aktiviti Mr Mama

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, saya rasa sure korang jugak pernah menjadi Mr Mama. Bila mana orang umah berkerja di hujung minggu, giliran saya untuk menjadi pengasuh. Dalam berumah tangga kena ada bertolak ansur.

Seronok Jadi Mr Mama

Jadi Mr Mama ini bukan lah sesusah yang disangka oleh sesetangah orang lelaki. Bila sekali sekala ada juga seronoknya. Cuma bila bab nak kasi anak-anak makan agak remeh sikit, jadinya saya akan bawa mereka makan di kedai. Lepak di kedai bersama anak-anak best juga feel dia.

Dalam nak menghabiskan masa, singgah ke kedai buku adalah kewajipan kami. Malah saya juga dapat tanam minat mereka kepada buku dan untuk membaca atau sebaliknya.

Saat-saat seperti ini amat diimpikan oleh setiap pasangan. Tapi saya sendiri tidak faham mengapa ada kes-kes mahupun cerita anak-anak didera atau sebagainya. Sebenarnya seronok bila bersama-sama anak-anak, lebih-lebih lagi jadi Mr Mama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *