Sindiket penipuan kad  kredit kini mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit. Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa contoh seperti di dalam gambar di bawah.

Related: CPUV Campaigns Makin Rancak

1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani.

2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti.

3. Untuk menerima tawaran tersebut, mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad.

4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan.

5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat.

Related: 7 Sebab Kenapa aku tak nak join Tone Excel?

6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank.

Sindiket Penipuan Kad kredit

Nasihat POLIS Mengenai Sindiket Penipuan Kad Kredit/Kad Debit

  1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/debit termasuk 3 nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenanan.
  2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akuan anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
  3. Jangan dedahkan apa-apa sebarang maklumat peribadi perbankan anda seprti password kad kredit/Debit kepada orang tidak dikenali.
  4. Sentiasa kemaskini maklumat terbaru seperti password kad kredit/debit mahupun nombor telefon dan alamat terkini bagu memudahkan pihak bank menghubungi anda sekiranya berlaku sebarang transaksi yang meraguan ataupun yang luar biasa.

Sumber : Facebook Polis Diraja Malaysia.

Dunia sekarang dengan kecanggihan teknologi pelbagai cara penipuan yang dilakukan. Semoga perkongsian maklumat mengenai sindiket penipuan kad kredit ini dapat membantu kita mengingati sesama kita supaya tidak terkena di kemudian hari.

3 thoughts on “Sasaran Sindiket Penipuan Kad Kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *