Secara tiba-tiba makin rancak pula CPUV Campaigns daripada Nuffnang ini berada di blog saya. Rezeki blog, siapa yang sangka? Walaupun blog tidak berupdate disebabkan kekangan kerja hakiki dan juga musim bolasepak sedang dijalankan.

Sebab lagipun dari awal pembinaan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencari duit secara maya. Gaji yang ada sekarang ini pun alhamdulilah mencukupi. Cuma bila mana tidak diletakkan iklan Nuffnang terasa blog kurang serinya. Bagi saya setiap blog perlu ruang iklan.

CPUV  Campaigns

Tips dapatkan CPUV Campaigns

Jika mahukan tips dan cara mendapatkan CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dari Nuffnang, blog saya bukanlah tempatnya. Cuma apa yang saya boleh katakan dari pemerhatian saya ialah isi kandungan blog amat pengaruhi bagi menarik  perhatian pengiklanan. Dan juga rajinkan untuk kemaskan blog.

Lagi satu, cara mudah ialah dengan menghadiri event yang dijemput oleh Nuffnang. Baru-baru ini saya terpaksa melepaskan jemputan Nuffnang di Melaka bagi lawatan ke Kilang Mamee Chef. Dan mungkin dilain kali saya akan menyertai jemputan Nuffnang jika tidak bertindih dengan tarikh kerja hakiki saya dan juga latihan bola.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *