Gadjet, iPhone

Tips Jimat Data Onexox Bagi iPhone.

Jimat data Onexox mampu dilakukan dengan beberapa cara setting pada iPhone anda. Seperti mana yang boleh kita katakan penggunaan data kini menjadi suatu keperluan pada zaman sekarang. Saya bukanlah pengguna iOS iPhone, setakat hari ini saya masih lagi setia menggunakan OS Android. Namun, pernah juga mencuba menggunakan iOS ini. Itupun seketika, sewaktu phone saya rosak, dan adik ipar meminjam kepada saya iPhone 4S.

Dan semenjak berkecimpung dengan bisnes modal kecil ini #onexox. Nak tak nak kena juga ambil tahu bab iOS ini, pelanggan saya juga ramai pengguna iPhone. Dan baru-baru ini, ada di antara mereka untuk  mendapat tips menggurangkan penggunaan data bagi user iPhone.

jimat data onexox, iphone, ipad

Tips Jimat Data Onexox Bagi iPhone.

Tetapan pada bahagian Menu Settings :

Turn Off Cellular Data Usage for iCloud

  1. Buka Settings dan pergi ke menu iCloud.
  2. Menu iCloud Drive
  3. Turn Off Use Cellular Data
  4. Atau set iCloud Drive kepada Off sekiranya tidak menggunakan perkhidmatan iCloud.

Disable Automatic Downloads on Cellular Data

  1. Buka Settings
  2. Menu iTunes & App Store
  3. Turn Off Use Cellular Data

Disable Wi-Fi Assist

  1. Buka Settings
  2. Cellular
  3. Scroll sehingga ke bawah
  4. Turn Off Wi-Fi Assist

Monitor atau Disable Data Apps

  1. Buka Settings
  2. Cellular
  3. Lihat Use Cellular Data For
  4. Turn Off mana-mana aplikasi yang tidak anda gunakan semasa penggunaan 3G/4G.

Pada bahagian ini anda akan boleh memantau aplikasi mana yang mengguna data berlebihan. Ianya sama fungsi seperti Android Data Usage. Setiap kali anda melanggan Internet pastikan anda Reset Statistics pada bahagian bawah sekali dalam menu ini supaya dapat memantau penggunaan seterusnya.

Disable Background App Refresh

  1. Buka Settings
  2. General
  3. Background App Refresh
  4. Turn Off Background App Refresh

 

**Jika tiada apa-apa kesan selepas melakukan perubahan setting, cuba restart semula iPhone anda

 

Mungkin langkah setting ini dapat membantu cara penjimatan data internet anda pada gadjet kesayangan iPhone mahupun iPad. Agar tips ini dapat membantu serba sedikit bagi pihak yang memerlukan.

Tidak salah untuk berkongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda. Anda juga boleh mendapatkan cara setting data iPhone yang lebih terperinci lagi dengan membaca artikel berkaitan dunia gadjet di PC World.

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *