Kenapa pesawat Boeing 777-200 MH370 hilang begitu sahaja tanpa sebarang panggilan kecemasan? Sebagai seseorang yang bekerja dalam bidang aviation, saya sangat berminat untuk mengetahui sebab sebenar kehilangan pesawat MH370 ini.

Bila sesuatu kecemasan berlaku, juruterbang memang dilatih dengan konsep fly – navigate – communicate untuk menghantar mesej kecemasan ke control tower berdekatan. Ini bermaksud sekiranya berlaku kecemasan, juruterbang hendaklah:

  1. Fly – Menerbangkan pesawat dalam apa jua keadaan sekalipun supaya ia tidak terhempas serta merta dan berada dalam keadaan yang stabil.
  2. Navigate – Mengetahui kedudukan pesawat, arah ia sedang terbang dan sebarang rintangan yang berada di haluannya seperti cuaca buruk, keadaan muka bumi seperti gunung-ganang ataupun pesawat lain.
  3. Communicate – Berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang dapat dihubungi untuk memaklumkan situasi kecemasan yang dihadapi. Sekiranya komunikasi berjaya dan search and response team (SAR) tiba kurang sejam daripada waktu kapal terbang terhempas, kebarangkalian untuk menyelamatkan nyawa penumpang masih lagi tinggi.

Dalam kes MH370, tiada control tower berdekatan yang menerima sebarang mesej kecemasan semasa kapal terbang tersebut hilang. Control tower Vietnam gagal menghubungi pesawat MH370 walaupun dilaporkan keadaan cuaca yang baik di kawasan tersebut.

Kehilangan secara tiba-tiba ini memungkinkan pesawat tersebut terlibat dalam satu insiden yang sangat ekstrim dan pantas sehingga menyebabkan juruterbang tidak sempat membuat panggilan kecemasan.

Sekiranya pesawat mengalami masalah mekanikal seperti enjin tidak berfungsi secara tiba-tiba, mereka masih lagi mempunyai masa (bergantung kepada kecekapan juruterbang mengawal pesawat) untuk membuat panggilan kecemasan sebelum kapal terbang terhampas.

Contoh kemungkinan kejadian ekstrim yang boleh dikaitkan berdasarkan keadaan ini ialah serangan pengganas, letupan besar berlaku dalam pesawat, pesawat ditembak jatuh atau MH370 bertembung dan berlanggar dengan pesawat lain.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah contoh kejadian yang mungkin berlaku kepada MH370 berdasarkan keadaan ia hilang dalam penerbangan tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan kepada control tower berdekatan. Contoh hanyalah untuk menerangkan kepada pembaca bahawa keadaan ini adalah sangat jarang berlaku.

Satu lagi yang menjadi misteri ialah kenapa tiada isyarat daripada emergency locator transmittor (ELT) pesawat? ELT sepatutnya berfungsi sekiranya pesawat terlibat dalam apa-apa nahas dengan memancarkan isyarat GPS.

Sekali lagi, contoh kejadian di mana keadaan ini boleh berlaku adalah ELT musnah dalam satu letupan besar semasa pesawat berada di udara ataupun tenggelam bersama bangkai pesawat di lautan dalam.

Semoga keluarga dan rakan mangsa nahas pesawat MH370 ini tabah menghadapi dugaan ini. Takziah diucapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *